Akhirnya…  Niat Tidak Lagi Tinggal Niat

Sudah lama berniat untuk berkorban tetapi mengapa tidak juga melaksanakan ibadah korban? Bagi kebanyakan orang, masalahnya ialah duit. Sampai Hari Raya Aidiladha, hanya tinggal niat, duitnya tidak ada.

 

Jangan bimbang, mulai sekarang, QORBAN NUSANTARA menyediakan peluang terbaik, menempah bahagian korban secara ansuran

Memperkenalkan Korban Secara Ansuran

Program Korban secara ansuran ini membolehkan anda akhirnya berjaya melaksanakan niat untuk berkorban. Dengan skim ini juga, korban yang anda laksanakan ini dapat dijayakan dengan sempurna. 

Boleh Ansuran

Inilah keistimewaan. Korban sekarang boleh ditempah secara ansuran yang rendah dan mampu. Semoga niat untuk berkorban terlaksana.

Patuh Syariah

Pelaksanaan ibadah korban bermula dari pemilihan lembu, penyembelihan, hinggalah pembahagian daging, 100 peratus mengikut syariah. 

Sasaran Tepat

Sasaran pembahagian daging korban keutamaannya adalah untuk fakir miskin. Ada antaranya yang terlalu jarang makan daging. 

Terus Dipercayai

Kami memulakan korban di luar negara sejak dari tahun 2013. Setiap tahun kami sentiasa berterusan membina kepercayaan agar terus dipercayai.

Berpandukan Pengalaman

Bagaimana Ia Boleh Dilakukan?

Lebih kurang 1 tahun sebelum Hari Raya Aidiladha, lembu korban telah ditempah dan diternak dengan sempurna di kawasan akan diadakan korban, sehinggalah pada hari penyembelihan. Kerana itu syariat korban ini terjaga. Kerana itu jugalah lembu korban dipastikan kecukupan, sehingga 300 ekor lembu, sekurang-kurangnya. 

MENERUSKAN PENGALAMANA

Lokasi & Sasaran

Setiap tahun, kami sentiasa berusaha menambah jumlah korban dan lokasi.

Sasaran kami adalah 300 ekor lembu setiap kali korban di tiga lokasi luar negara: kawasan pedalaman Thailand, Kemboja, Indonesia.

  • THAILANDMadrasah & Komuniti Islam Pattani
  • KEMBOJAMadrasah & Komuniti Islam, Kemboja
  • INDONESIAMadrasah & Komuniti Islam Surabaya
  • MALAYSIAMadrasah & Komuniti Islam yang kami uruskan
Qorban-Nusantara

SEMUA YANG MAHU DIKETAHUI

FAQS

1. Apa Kelebihan korban melalui Qorban Nusantara?

Kelebihan utama korban melalui Qorban Nusantara (oleh Khidmat Nusantara) ialah:

  1. Boleh dibuat secara ansuran lebih awal
  2. Tidak perlu keluarkan RM500 sekaligus
  3. Patuh syariah
  4. Buat di kawasan pedalaman luar negara, sangat memerlukan
  5. Tepat sasarannya untuk fakir miskin yang jarang makan daging
  6. Disempurnakan oleh wakil amanah di tempat korban
  7. Gambar, video agihan akan diberikan kepada anda sebagai bukti
2. Apa yang diterima selepas selesai proses korban?

Anda akan menerima:

  1. Gambar / video proses korban tersebut
  2. Sijil penyertaan
  3. Laporan agihan daging korban
3. Di mana korban diadakan ?

Tumpuan Qorban Nusantara adalah di kawasan komuniti Islam yang memerlukan.Kebanyakan mereka jarang makan daging.

Buat masa ini tumpuan adalah di pedalaman Thailand, Kemboja, Indonesia dan Malaysia. Selalunya dilakukan di Madrasah kelolaan kami Khidmat Nusantara.

Kami  mensasarkan antara 300 hingga 400 ekor lembu dengan 100 ekor lembu di setiap tempat korban.

4. Adakah lembu diternak sendiri?

Tidak. Sebaliknya melalui pengalaman kami, lembu yang dibela oleh penternak di kawasan korban ditempah setahun sebelum ibadah korban dijalankan.

Maknanya, kami bersedia setahun sebelum ibadah korban.

5. Berapa bayaran yang dikenakan?

Untuk sebahagian (1/7) lembu, kosnya RM500. Untuk seekor lembu kosnya RM3,500.

Bolehkah berkongsi bahagian? Satu bahagian tidak boleh dikongsi. Seekor lembu boleh dikongsi untuk 7 orang.

Nota: Pihak Qorban Nusantara mengambil sebahagian kecil kos untuk menampung kos pengurusan, tambang dan lain-lain yang berkaitan.

6. Bagaimana cara bayarannya?
  1. Untuk 1 bahagian (RM500) bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga 10 kali, iaitu RM50 sebulan.
  2. Bagi 1 ekor lembu, tidak diadakan skim ansuran.
  3. Bolehkah 1 bahagian lembu dikongsi? Tidak boleh. Jikalau mahu berkongsi, kongsilah 1 ekor lembu.
  4. Bolehkah bayar penuh untuk 1 bahagian, tanpa mengikuti skim ansuran? Atau bayar penuh pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup? Boleh!
  5. Boleh saya bayar lebih dari RM50 setiap bulan? Boleh, tetapi dengan gandaan RM50. Misalnya, RM100, RM150 dan seterusnya.
  6. Bila tarikh akhir bayaran? Tarikh akhir ialah 2 minggu sebelum Hari Raya Aidiladha.
7. Apa jadi, jikalau ansuran tidak terpenuh bila tarikh tutup?
  1. Boleh tangguh ke tahun berikutnya.
  2. Atau, wang ansuran dikembalikan sepenuhnya (menarik diri daripada menjadipeserta pada tahun itu).
  3. Apa akan jadi jikalau pesrta meninggal dunia sebelum tarikh berkorban? Boleh tukar kepada peserta lain (waris) atau wang dikembalikan.
8. Di mana dan bagaimana ibadan korban diadakan?
  1. Dilaksanakan oleh wakil (rakan kerjasama) kami di madrasah dan komuniti Islam di pedalaman Thailand, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.
  2. Mereka yang menguruskan ibadah korban sudah berpengalaman lama.
  3. Sengaja dipilih pedalaman supaya menepati sasaran, fakir miskin yang sangat memerlukan. Sebahagian besar dari mereka amat jarang makan daging lembu.
9. Apa hukum melakukan ibadah korban di negara lain?

Harus dilakukan kerana tiada nas atau hujah yang melarang ibadah korban dilakukan di tempat lain selain tempat sendiri. Ia boleh dilakukan dengan mewakilkan kepada orang lain untuk mengurus dan melakukan ibadah korban.

Darul Ifta’ Mesir juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang mewakilan orang lain untuk melakukan ibadah korban di negara lain selain
tempat tinggalnya.

10. Bolehkah ibadah korban diwakilkan?

Menurut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, fatwa mengenai hukum wakalah (wakil, ejen) ibadah korban yang mengharuskan wakil atas wakil dengan memenuhi syarat-syarat berikut[7]:

  1. Lafaz wakalah (mewakilkan) hendaklah secara sarih (jelas, nyata) atau kinayah (ungkapan atau tersirat);
  2. Hendaklah mendapat izin daripada muwakkil (orang yang mewakilkan);
  3. Muwakkil wajib melafazkan tawkil (kuasa, penyerahan) sama ada secara sarih atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan ibadah korban tersebut.
mari-mulakan

Supaya niat tidak tinggal niat dan bagi memastikan ibadah korban terlaksana mengikut syariah, melalui bayaran penuh atau ansuran, sebaik-baiknya dimulakan pada hari ini, sekarang.